.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

Jumaat, 21 Ogos 2009

.::AHLAN WSAHLAN YA RAMADHAN::.

"SeLaMaT DaTaNg RaMdHaN aL-MuBaRaK..!!"


Alhamdulillah...moga ramadhan kali ini penuh makna...Insya'ALLAH...
'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa..!!'



Selasa, 18 Ogos 2009

.::TERIMA KASIH::.

Assalamualaikum...

Baru² ini blog sy di ziarahi beberapa pembaca blog.Jd saya ingin berterima kasih kpd penziarah² yg telah melawati blog sy ini kerana sudi meluangkan masa utk menjenguk blog yg tak seberapa ini.Dan sy juga menjenguk kembali blog mereka sekiranya ada.Disini sy ingin berterima kasih banyak² kpd seorg penulis blog yg menjengah ke blog sy dan sy mendapat kesedaran di blog beliau.Nama beliau sy tidak mengetahui,yg sy tahu beliau seorang wanita dan seorang penuntut di USM dan tinggal di Bandar Seri Jempol,Negeri Sembilan.Kesedaran yg sy dpt adalah apabila sy menonton sebuah video di blog beliau yg entry nya bertajuk 'Kau Istimewa'.
Kepada yg ingin menonton video yg sy maksud kan itu,sila lawati blog beliau. :D

4http://syauqahwardah1209.blogspot.com

~sekian~

.::HIKMAH DIAM::.

Assalamualaikum...
Salam ukhuwahfillah ; salam dakwah...

Manusia berbicara setiap masa.Bicara yg baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd mnusia.Jika bicara tidak mengikut adabnya,manusia akan merana di dunia dan di akhirat.Di dunia di benci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yg menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH s.w.t.

Bagi mereka yg beriman.lidah yg dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia.Sebaliknya,digunakan utk berbicara yg berhikmah.Oleh itu,DIAM adalah bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yg sia-sia.

HIKMAH DIAM

4ibadah tanpa bersusah payah
4perhiasan tanpa berhias
4Kehebatan tanpa kerajaan
4Benteng tanpa pagar
4Kekayaan tanpa memita maaf kpd orang
4Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
4Menutupi segala aib


Hadits-hadits Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud :

"Barangsiap yg banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya,dan barangsiapa yg banyak dosanya nescaya neraka lebih utama baginya" (RW ABU NAIM)

"Barangsiapa yg beriman kpd ALLAH dan hari akhirat,maka hendaklah is berkata yg baik atau diam" (RW BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka terlepas dr bahaya" (RW AT-TARMIZI)

Banyak diam tidak semestinya bodoh,byk cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran,orang cerdik yg pendiam lebih baik dari orang bodoh yg banyak cakap.
Menasihati orang yg bersalah,tidak salah,yg salah memikirkan kesalahan orang.
Kalau orang menghina kita,bukan kita terhina,yg sebenarnya orang itu menhina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali diam.Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yg baik.Bicara yg baik adalah lambang hati yg baik dan bersih yg bergantung kpd kekuatan iman dari diri manusia.

~WaLLaHuaLaM~

Jumaat, 14 Ogos 2009

.::PEMERGIAAN NYA SEORANG PENDAKWAH::.

Assalamualaikum...

Telah sedia maklum tanggal 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Sha'ban 1430
jam 11 pagi,penyanyi utama kumpulan nasyid,Rabbani iaitu Ustaz Mohd Asri Ibrahim,40 telah kembali ke rahmatullah kerana serangan sakit jantung.Arwah meninggalkan seorang balu,Halizah Shahzan,39.
Al-Fatihah...




Moga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau dan moga ALLAH tempatkan beliau di kalangan orang² beriman dan orang yg beramal soleh.Insya'ALLAH.
Secara peribadi,pd sy pergi nya beliau merupakan kehilangan seorang pendakwah yg mempunyai suara yg gemersik dan merdu.Beliau banyak mencipta lagu² dakwah dan ketuhanan dlm album nasyid Rabbani yg kini menjadi siulan rakyat Malaysia,tak kira kecil,muda atau pun tua.Sy amat menangisi pemergian beliau,kerana sy amat meminati beliau dr kecil lagi.Terutama bila menjelang pagi hari raya Aidiladha atau Aidilfitri,sy amat meminati alunan takbir raya beliau yg telah melekat di hati sy ini.Bermakna,pd tahun ini sy dan peminat² beliau yg lain tiada rezeki utk mendengar takbir raya beliau secara lansung lagi.Sememang nya sy redha ke atas pemergian beliau.Inysa'ALLAH..sy sebagai salah seorang peminat beliau akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau di alam barzakh sana.Moga ALLAH s.w.t merahmati roh beliau.Amin.




~Pergi Tak Kembali~

Khamis, 6 Ogos 2009

.::TERCABAR::.

Assalamualaikum...


Hmm...Alhamdulillah,sy msh dpt bernafas di bumi ALLAH Taala lg pd hari ini...


setinggi-tinggi syukur pd Mu Ya ALLAH... (^.~)


Tajuk TERCABAR!?Apa yg tercabar tu!?


Hihi~..saje je nak kasi gempak...





Ada cerita di sebalik situasi tercabar itu...


Begini,pd ptg smlm ada se0rang pelanggan dtg ke st0kis tempat sy bekerja ini ketika sy sedang asyik menonton rakaman video ceramah Uztaz Azhar Idrus.Kebetulan pd waktu itu sepatut nya st0kis telah pun tutup,tetapi tak kan nak menghalau rezeki pula kan...ish!~..sifat yg tdk berperikemanusiaan tu..Hmm..didatangi beliau seperti biasa,kerana beliau adalah pelanggan tetap kami(syarikat).Jd,sy 'pause' dahulu video ceramah itu,kemudian sy melayan beliau.


Setelah selesai proses jual-beli,sy meneruskan tontonan yg tergendala sebentar td.Pelanggan td msh belum beredar,mngkin beliau ada temu-janji dgn seseorang disini,sangka sy.


Sy pun meneruskanlah keasyikan video sy lyn sebentar td,selang beberapa minit kemudian pelanggan td mendekati sy utk melihat apa yg ditontonkan sy.Dlm pd sy asyik menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus itu beliau mencelah bertanyakan kepada sy,'adakah anda Tabligh'!?


Sy pun bertanya kembali,'mengapa ingin bertanyakan soalan seperti itu!?'.Beliau ckp ingin tahu sahaja,jd sy jwb lah 'ya!mmg sy pernah mengikuti jemaah Tabligh sebelum ini'.Dia pun berkata 'aku dah agak dah!'.Sy hanya tersenyum.Sy pun sambung kembali menonton ceramah itu.


Lalu 1 lg soalan yg telah di ajukan oleh beliau pd sy,'apa kamu dpt ikut jemaah Tabligh!?'.


Sy pun terangkanlah serba-sedikit psl jemaah Tabligh ini.Tabligh adalah sunnah Nabi s.a.w ,jd kami cuba utk menghidupkan sunnah Nabi di zaman fasyak dan mungkar ini.Jd,dia bertanya kembali,'apa yg kamu dpt!?'.Sy menarik nafas dlm² terangkanlah pd dia,bahawa perjalan hidup kita di bumi ini begitu singkat,jd dunia ini adalah persinggahan utk sementara waktu sahaja semua umat ISLAM pun tahu.Ulama² Malaysia membuat tafsiran dlm 1 hadits,dekat nya kiamat itu seperti jari telunjuk dgn jari hantu,begitu singkat nya umur dunia.Jd,utk di pendekkan cerita,sy ckp lah pd dia,dlm masa sebulan tu,apa salah nya kita ambil sedikit waktu utk mentarbiahkan diri kita utk pengetahuan keagamaan,tdk lah jahil sgt hidup kita.Tapi disini ada sedikit salah-faham.Di kata nya,'kalau kita nak ilmu agama tdk semestinya kita kena ikut jemaah Tabligh,kerajaankan ada sediakan sekolah agama,tempat berceramah,tak pun..pergi msk pondok,tp..pondok kerajaan tak ada lah',kata nya.


Sy pun bahas balik,'mmg lah,seperti sy katakan td...kami cuba utk hidupkan sunnah Nabi'.


'Barang siapa menghidupkan sunnah Nabi di zaman fasyak dan mungkar ini,ALLAH s.w.t baginya pahala 100 pahala mati syahid',itu baru amalkan 1 sunnah.Itulah kelebihan umat akhir zaman,tak perlu berperang,berjihad dijalan ALLAH,tak perlu bertumpah darah bahkan hanya menghidup kan sunnah Rasulullah shj,dpt 100 pahala mati syahid.Inilah janji ALLAH Taala,sesungguh nya ALLAH tidak memungkiri janji.



Ok..dia pun dah fhm sedikit...tapi,ade juga tapi nya...

dia ckp,anak sedara dia ada gak ikut jalan Tabligh ni,tapi idup tunggang langgang.

Maksud tungang-langgang dia tu tak tau laa apa ingin dimksd kan nya.Mungkin hidup terumbang-ambing rasanya.Sy pun tak fhm kenapa dia misti berkata begitu.Tp mmg kenyataan,ramai masyarakat menolak tabligh zaman sekarang,sy pun tdk pasti kenapa.Mngkin inilah umat Nabi akhir zaman.Masya'ALLAH.Dlm setiap kerja agama,kita misti istiqamah,baru lah iman yakin pd ALLAH.Tawakal,tawakal dgn setiap ujian ALLAH.Kenapa msh tdk fhm.Kenapa perlu terlalu sibuk dgn urusan dunia yg bakal di tinggalkan bila-bila masa ini.Sy pernah mengenali seorang kanak² yg tdk pandai mengucap,Masya'ALLAH.Nak salah kan siapa!?nak salahkan guru kat sekolah!?Sekurang-kurang nya,ilmu pengetahuan sy tentang agama bertambah bila mengikuti jemaah Tabligh.Kalau sy dulu tdk tahu bagaimana nak msk saf jemaah sekiranya sy ketinggalan rakaat dlm s0lat secara berjemaah,sy sudah tahu.Apa kelebihan² amal di muka bumi sy semakin tahu.Siapa Nabi kita,sy semakin mengenali Baginda.Semua pd hati masing²,klau ada yg mengatakan amalan Tabligh tiada faedah nya,se0lah0lah dia menyokong sunnah Nabi di hapuskan.Sy pun tdk mengerti kenapa masyarakat se0lah-olah memandang ser0ng pd jemaah Tabligh.Apa salah mereka,apa salah kami!?
Hidup mmg perlu m'cari rezeki,tetapi biar berpada-pada,jgn sampai dunia mengikat kita.Sehingga kita akan rasa seperti tak mahu tinggalkan dunia ini.Kalau di tanya,kemana arah ingin di tuju kalau di beri pilihan ke Neraka atau Syuraga,jwpn pasti nya 'syurga'.Tapi,bagaimana!?kalau sibuk dgn urusan dunia,dpt syurga ke!?Sy berpesan utk diri sy juga,berpesan pd diri sy sendiri,sbb manusia ini sifatnya lalai,leka,pelupa,sifat yg sudah sebati dlm hidup.

Jd,sama-sama lah kita renungkan.Mngkin coretan sy kali ini mmberi impak kepada sy dan pembaca² Muslimin di luar sana.Sy jg manusia biasa,bisa melakukan kemungkaran,tetapi ALLAH telah anugerahkan sy akal fikran,Insya'ALLAH masih dpt pertimbangkan mana yg baik dan yg buruk.Insya'ALLAH,berjumpa lagi.Sy sudahi dgn salam.
Assalamualaikum warahmatullahi'wabarakatuh.

~wassalam~