.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

Ahad, 22 Mac 2009

.::KISAH² SAYANG TERHADAP NABI S.A.W::.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...setinggi² syukur kepada ALLAH s.w.t
kerana masih memberi ana dan tuan² peluang utk meneruskan kehidupan pada hari ini.
M0ga,kehidupan pada hari ini lebih baik drp hari semalam.

Semua kisah yg telah di nukilkan sblm ini sememangnya kesan drpd perasaan cinta.Kasih syg dan cintalah yg menyebabkan lahirnya semangat dlm kehidupan para sahabat r.a sehingga mereka tdk hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan utk berumur panjang,mereka tdk teringatkan harta dan mereka tdk takutkan kesusahan,malah mereka tdk bimbangkan kematian.Sbnrnya cinta bkn lah satu perkara yg b0leh di jelaskan.Cinta ialah satu keadaan hati yg mengatasi lafaz² perkataan dan baris² ayat.Cinta ialah satu perkara yg apabila telah menunjang dlm hati akan menguasai segala perkara yg ada kaitan dgn perkara yg di cintai.Lantaran itu maruah dan keh0rmatan diri,kemuliaan dan keagungan tidak lagi bererti dalam membela 0rang yg dicintai.

Sem0ga ALLAH s.w.t dgn kemurahan-Nya dan dgn berkat kekasih-Nya menguniakan kpd kita cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya yg suci sehingga kita dpt merasakan kelazatan dlm beribadat dan berasa bahagia dlm menghadapi setiap penderitaan demi agama.

Insya'ALLAH.

~wassalam~

Selasa, 3 Mac 2009

.::Permulaan Bicara::.

ALLAH s.w.t meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama-Nya,
sejauh mana kita mentaati perintah ALLAH dan mengikut sunnah Baginda s.a.w,
Insya'ALLAH...berjaya didunia & di akhirat...
syukur Ahamdulillah,setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan
limpah kurnia-Nya,kita masih mampu bernafas dan masih berpeluang untuk meneruskan
kehidupan hari ini seperti hari semalam,cuma kehidupan hari ini akan berlalu tidak seperti hari semalam,mungkin terdapat beberapa perbezaan.Dan berharap kehidupan hari ini akan ada sedikit kemajuan dari hari semalam.Insya'ALLAH.

Hari demi hari berlalu,namun kita tetap sama,tetap berfikiran y sama.
Bangun dari tidur kadang t'lupa nak baca doa bgn tidur.
Kadang t'lupa nak bgn s0lat Subuh.Astarghfirullah.
Sarapan pagi terlupa hendak baca doa makan walaupun hendak menyebut 'Basmallah'.
Dalam fikiran tidak lain tidak bukan,fikir macam mana nak cari duit.Supaya dapat membeli keperluan harian.Supaya maju dalam hidup.Memang tidak salah.Cuma kita perlu lah meng'islah'kan diri kita.
Fikir siapa diri kita sebenar nya!?

Kadang kita haruslah luangkan sedikit masa utk meng'islah'kan diri kita.
Kenangkan bagaimana Kekasih ALLAH memperjuangkan agama ALLAH.
Sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi agama ALLAH.
Sanggup di baling batu untuk menegakkan agama ALLAH.
Sanggup di cerca & di caci untuk agama ALLAH.
Sanggup di baling najis untuk agama ALLAH.
Berjuang untuk siapa!?Untuk siapa sebenarnya!?Untuk siapa!?
Hari ini kita digelar beragama ISLAM,dari mana datangnya!?
Hari ini kita dilahirkan dalam beragama ISLAM,syukurlah.
Tak perlu untuk bergadai nyawa,tak perlu menitiskan darah,tak perlu di baling batu untuk dapat kan agama ISLAM.
Bersyukurkah KITA!?

Hari ini,remaja² ISLAM di negara kita sanggup menggadaikan agama untuk duniawi.
YA ALLAH...
Remaja ISLAM kini tidak segan silu menunjuk aurat mereka.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan hukuman ALLAH akibat minum ARAK.
Remaja ISLAM kini tidak lagi segan duduk berdua-duaan diantara perempuan & lelaki.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan panggilan MAUT ketika berasmara-dana.
Remaja ISLAM kini tidak malu lepak diwarung² dari petang sehingga tengah malam sehingga terabai solat.
Mengapa mereka sanggup menggadaikan AGAMA mereka!?Mengapa!?

Menangislah,menangis dengan perlakuan sumbang mu itu.
Malu kan lah diri kamu terhadap ALLAH.
YANG meminjamkan segala nya apa yg KITA rasai hari ini.
Mana datang nya semua ini!?

Kebahagiaan,Kesenangan mana datangnya!?
Kalau bukan dari ALLAH AZAWAJALLA.
Sedarlah!!!

Saya bercakap apa yg nyata telah berlaku pada zaman ini.
Inilah yg berlaku di bumi kita sekarang.
Saya memang tiada kekuatan.Walaupun telah maksud kan DAKWAH itu sebagai maksud hidup saya.
Saya lemah,lemah untuk menegur mereka,apatah lagi mencegah mereka.
Apa y termampu saya lakukan pada waktu ini hanyalah berdoa,kerana berdoa adalah senjata utama orang Mukmin.
YA ALLAH,ampunkanlah dasa² hamba-Mu ini YA ALLAH.
Hamba-Mu ini hanya mampu berdoa sahaja YA ALLAH.
Astarghfirullah.

.::Assalamualaikum::.

Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan...