.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

Selasa, 3 Mac 2009

.::Permulaan Bicara::.

ALLAH s.w.t meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama-Nya,
sejauh mana kita mentaati perintah ALLAH dan mengikut sunnah Baginda s.a.w,
Insya'ALLAH...berjaya didunia & di akhirat...
syukur Ahamdulillah,setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan
limpah kurnia-Nya,kita masih mampu bernafas dan masih berpeluang untuk meneruskan
kehidupan hari ini seperti hari semalam,cuma kehidupan hari ini akan berlalu tidak seperti hari semalam,mungkin terdapat beberapa perbezaan.Dan berharap kehidupan hari ini akan ada sedikit kemajuan dari hari semalam.Insya'ALLAH.

Hari demi hari berlalu,namun kita tetap sama,tetap berfikiran y sama.
Bangun dari tidur kadang t'lupa nak baca doa bgn tidur.
Kadang t'lupa nak bgn s0lat Subuh.Astarghfirullah.
Sarapan pagi terlupa hendak baca doa makan walaupun hendak menyebut 'Basmallah'.
Dalam fikiran tidak lain tidak bukan,fikir macam mana nak cari duit.Supaya dapat membeli keperluan harian.Supaya maju dalam hidup.Memang tidak salah.Cuma kita perlu lah meng'islah'kan diri kita.
Fikir siapa diri kita sebenar nya!?

Kadang kita haruslah luangkan sedikit masa utk meng'islah'kan diri kita.
Kenangkan bagaimana Kekasih ALLAH memperjuangkan agama ALLAH.
Sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi agama ALLAH.
Sanggup di baling batu untuk menegakkan agama ALLAH.
Sanggup di cerca & di caci untuk agama ALLAH.
Sanggup di baling najis untuk agama ALLAH.
Berjuang untuk siapa!?Untuk siapa sebenarnya!?Untuk siapa!?
Hari ini kita digelar beragama ISLAM,dari mana datangnya!?
Hari ini kita dilahirkan dalam beragama ISLAM,syukurlah.
Tak perlu untuk bergadai nyawa,tak perlu menitiskan darah,tak perlu di baling batu untuk dapat kan agama ISLAM.
Bersyukurkah KITA!?

Hari ini,remaja² ISLAM di negara kita sanggup menggadaikan agama untuk duniawi.
YA ALLAH...
Remaja ISLAM kini tidak segan silu menunjuk aurat mereka.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan hukuman ALLAH akibat minum ARAK.
Remaja ISLAM kini tidak lagi segan duduk berdua-duaan diantara perempuan & lelaki.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan panggilan MAUT ketika berasmara-dana.
Remaja ISLAM kini tidak malu lepak diwarung² dari petang sehingga tengah malam sehingga terabai solat.
Mengapa mereka sanggup menggadaikan AGAMA mereka!?Mengapa!?

Menangislah,menangis dengan perlakuan sumbang mu itu.
Malu kan lah diri kamu terhadap ALLAH.
YANG meminjamkan segala nya apa yg KITA rasai hari ini.
Mana datang nya semua ini!?

Kebahagiaan,Kesenangan mana datangnya!?
Kalau bukan dari ALLAH AZAWAJALLA.
Sedarlah!!!

Saya bercakap apa yg nyata telah berlaku pada zaman ini.
Inilah yg berlaku di bumi kita sekarang.
Saya memang tiada kekuatan.Walaupun telah maksud kan DAKWAH itu sebagai maksud hidup saya.
Saya lemah,lemah untuk menegur mereka,apatah lagi mencegah mereka.
Apa y termampu saya lakukan pada waktu ini hanyalah berdoa,kerana berdoa adalah senjata utama orang Mukmin.
YA ALLAH,ampunkanlah dasa² hamba-Mu ini YA ALLAH.
Hamba-Mu ini hanya mampu berdoa sahaja YA ALLAH.
Astarghfirullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan