.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

Khamis, 24 Disember 2009

.::SEBENARNYA::.

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah ; salam perjuangan...

Hari ini ALLAH TAALA meletakkan satu pemikiran di dalam benak saya utk m'buat satu pencarian atau dlm bahasa inggeris nye 'research'...tentang,meraikan hari² Am orang yg bkn agama ISLAM sambut tetapi orang kita yg beragama ISLAM turut meraikan nye.

Moga coretan saya yg tidak seberapa ini mendatangkan kesedaran kpd saudara² ku yg pernah,atau teruja utk menyambut hari yg dilakhnat oleh ALLAH TAALA ini iaitu hari krismas dan tahun baru.


Sila lihat petikan video pertama ini kpd sesiapa yg belum pernah menonton nya lagi,video ini dr penceramah bebas yg sgt tersohor di tanah air kita iaitu Ustaz Azhar Idrus yg berasal dr Surau Ladang,Kuala Terengganu,Terengganu.

Sebelum itu,pause kan sementara lagu Maal Hijrah di Mp3 bwh sekali.maaf!!!

Antara soalan yg di ajukan : Bolehkah Ucap Hari Natal!?



Jelas sekali bukan.Nabi seorang yg mahfum,iaitu para Anbia,seorang yg mulia juga telah di beri amaran oleh ALLAH TAALA dlm melafaz kan atau mengucapkan ucapan hari yg diraikan oleh orang kafir Quraisy,ini kan pula hendak menyambut atau meraikannya.wallahualam.

Masih ingin rujukan lagi!?baiklah!!!

Lihat pula satu petikan video ini,kefahaman dr seorang penganut kristian sendiri iaitu kaum yg menyambut hari krismas dan kefahamnya tentang hari tersebut :



Nah!..apa lagi yg harus di hurai kan!?ALLAH s.w.t berfirman,'barang siapa di antara hamba ku ada mengikuti kaum lain,maka dia telah tergolong dalam kaum itu'

Bagi dgr sikit lagi,ceramah dr Mantan Biarawati Hj.Irene Handono dr Indonesia tentang asal-usul Hari Krismas atau Hari Natal ini,dengarkan :




Ini hanya di antara ceramah Hj.Irene Handono tentang Hari Natal.Ingin mendengar seterusnya.Klik link ini = http://www.youtube.com/watch?v=dlGUSFxrJg8

Tidak sempurna lagi kah agama ISLAM kita!?Tidak menarik perhatian kah agama ISLAM kita!?Tidak sayang agama kah kita!?Astarghfirullahalazim.

Jadi,marilah saudara² ku sekalian.Kepada ada yg sudi membaca coretan saya yg daif ini,saya ingin ucapkan terima kasih,utk memanjangkan lg dakwah ini,sampai² kan lah kpd saudara² kita yg lain yg tidak mengetahui akan hal begini.Sedang terang lagi bersuluh.

Jika kita tidak percaya,perhatikan lah keesokan hari akan gelagat saudara ISLAM kita di pusat membeli-belah yg popular di tempat kita.Sekiranya anda atau saya sendiri yg nampak dgn mata sendiri ada di antara saudara kita seakan meraikan nye,tegah lah mereka,walaupun hanya memakai topi Santa Clause demi agama ISLAM kita.Moga ALLAH TAALA memberi kita kekuatan utk mengerjakan nye demi agama-Nya.Insya'ALLAH.

Ini ada lagi di antara link penting yg perlu kita dengar kan.Luangkanlah sedikit masa mu wahai sudaraku.

Walau pun hanya untuk seketika.

http://www.youtube.com/watch?v=RGzFqSLDJmQ

Moga coretan saya kali ini ada sedikit pedoman buat pembaca,terima kasih kalian.

Yang baik datangnya dari ALLAH,mana yg kurang baik datang dari kelemahan sy sendiri.Sekian.

~wassalam~

.::SALAM MAAL HIJRAH::.

~Salam Maal Hijrah 1431~
Salam Maal Hijrah...!!!
Alhamdulillah...kita telah pun melangkah ke tahun yg baru dlm kalendar ISLAM.
Setinggi-tinggi syukur krn ALLAH TAALA masih memberi kesempatan kpd kita utk merai kan tahun istimewa ISLAM ini...Alhamdulillah...
Maal Hijrah...di mana penghijrahan Nabi dan para Sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah dgn semangat dan iltizam yg tinggi iaitu mengembang kan empayar ISLAM ke setiap pelusuk negeri Arab.Meneruskan dakwah untuk menenggelam kan dakyah kafir yg sesat lg kabur lg memesongkan pd waktu itu.Sesungguh nya ALLAH TAALA sentiasa bersama-sama dlm perjuangan mereka.
Kita pd hari ini kurang faham dlm pengertian menyambut atau merai kan Tahun Baru Islam ini,terutama saya yg daif lg hina ini.Seelok nya perbetul kan lah niat,toleh sejenak apa yg telah kita tinggal kan dan harungi di belakang sana.Adakah kita dlm meniti ke arah yg dikehendaki oleh syarak!?Perbetulkan lah apa yg kurang elok selagi masih belum terlambat ini,selagi masih ada kesempatan ini.Terutamanya,sy berpesan buat diri saya ini sendiri.
Raikan lah Tahun Baru Islam ini seperti hari bermakna buat kita.Hari yg sungguh bermakna.
Jika kita ungkapkan tahun baru,pasti berkait dgn azam,atau semangat baru.saya kadang suka perbualan ini di ungkapkan.masing² ada azam masing²,begitu juga saya,yg pasti azam itu hanyalah kearah kebaikan,jika kearah keburuk kan itu bukan lah azam sebenarnya.jadi masing² tekun lah dlm melaksana kan azam masing².atur kan niat kerana ALLAH TAALA.Insya'ALLAH,pasti mudah azam itu terlaksana.amin.
Baiklah,setakat itu shj ingin saya coretkan.Saya tahu,ia bukan lah begitu menarik tp moga ia menjadi satu perbuatan atau perlakuan yg dpt memberi kesedaran,terutama kpd pengarang ini sendiri.Mana yg baik hanya dr ALLAH TAALA,mana yg kurang baik hanya dr khilaf saya sendiri,mohon maaf dr saya.sekian.
Hayatilah lagu Maal Hijrah.
~wassalam~

Isnin, 30 November 2009

.::MAHFUM KALIMAH::.

Assalamualaikum...

Mahfum kalimah Lailahaillah Muhamadurasulullah...

Ertinya : Tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan ALLAH dan NABI MUHAMAD pesuruh ALLAH.

Maksudnya : ALLAH MAHA KUASA ; makhluk tiada daya upaya ; makhluk tiada kuasa.


Manusia hanya bergantung pada ALLAH untuk hidup.Bukan mereka yg membuat sesuatu tetapi atas belas kasihan ALLAH TAALA yg menjayakan perbuatan itu.Tanpa keizianan dari ALLAH manusia tak kan mampu,tanpa keizinan dari ALLAH setiap perkara tak kan terjadi.Jadi,kenapa manusia perlu bermegah-megah dgn setiap pangkat,darjat dan harta yg mereka ada!?Mengapa mereka masih belum sedar dr mana datangnya!?

Ternyata,semua itu hanyalah ujian semata-mata.Syukur Alhamdulillah,kerana ALLAH memberi peluang kepada saya kepada pededahan agama-Nya.Betapa luas makna agama-Nya.Betapa tinggi nilainya.


Andai hamba-Nya banyak tahu tentang kelebihan² dlm agama,pasti manusia lebih cenderung utk mendalaminya.Sebagai hamba,sebagai khalifah,sebagai Da'ie di sisi ALLAH TAALA iaitu Robb sekalian alam.


Kelebihan kalimah LAILAHAILLAH :

kalau di timbang kan dlm neraca.sebelah diletakkan dunia dan seisinya dan sebelah lagi kalimah Lailahaillah,nescaya kalimah Lailahaillah lebih berat dari segalanya.

Kalau di letakkan dalam lautan nescaya kering air di lautan.

Kalau diletak diatas gunung nescaya gunung akan runtuh dan hancur berkecai.


Bermakna,manusia yg diciptakan dr segumpal tanah yg kepada segumpal daging ini,mampu untuk memikul kalimah suci ini.Betapa bertuah manusia yg bergelar Islam dan sungguh kasihan manusia bergelar kafir.


Lagi kelebihan kalimah LAILAHAILLAH :

Barangsiapa menyebut nya,akan bergegar tiang Arash' ALLAH meminta keampunan ke atasnya.

Barangsiapa menyebutnya,akan tumbuh sepohon pokok yg lilitannya sejauh 40 hari perjalanan di Syurganya.


Tidak semua hamba ALLAH mengethui kelebihan² kalimah ini.Jadi,masih ada kesempatan utk memiliki kelebihan itu kepada sesiapa baru mengetahui-Nya.Tahniah!!!


~Wallahualam~

Jumaat, 21 Ogos 2009

.::AHLAN WSAHLAN YA RAMADHAN::.

"SeLaMaT DaTaNg RaMdHaN aL-MuBaRaK..!!"


Alhamdulillah...moga ramadhan kali ini penuh makna...Insya'ALLAH...
'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa..!!'



Selasa, 18 Ogos 2009

.::TERIMA KASIH::.

Assalamualaikum...

Baru² ini blog sy di ziarahi beberapa pembaca blog.Jd saya ingin berterima kasih kpd penziarah² yg telah melawati blog sy ini kerana sudi meluangkan masa utk menjenguk blog yg tak seberapa ini.Dan sy juga menjenguk kembali blog mereka sekiranya ada.Disini sy ingin berterima kasih banyak² kpd seorg penulis blog yg menjengah ke blog sy dan sy mendapat kesedaran di blog beliau.Nama beliau sy tidak mengetahui,yg sy tahu beliau seorang wanita dan seorang penuntut di USM dan tinggal di Bandar Seri Jempol,Negeri Sembilan.Kesedaran yg sy dpt adalah apabila sy menonton sebuah video di blog beliau yg entry nya bertajuk 'Kau Istimewa'.
Kepada yg ingin menonton video yg sy maksud kan itu,sila lawati blog beliau. :D

4http://syauqahwardah1209.blogspot.com

~sekian~

.::HIKMAH DIAM::.

Assalamualaikum...
Salam ukhuwahfillah ; salam dakwah...

Manusia berbicara setiap masa.Bicara yg baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd mnusia.Jika bicara tidak mengikut adabnya,manusia akan merana di dunia dan di akhirat.Di dunia di benci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yg menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH s.w.t.

Bagi mereka yg beriman.lidah yg dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia.Sebaliknya,digunakan utk berbicara yg berhikmah.Oleh itu,DIAM adalah bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yg sia-sia.

HIKMAH DIAM

4ibadah tanpa bersusah payah
4perhiasan tanpa berhias
4Kehebatan tanpa kerajaan
4Benteng tanpa pagar
4Kekayaan tanpa memita maaf kpd orang
4Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
4Menutupi segala aib


Hadits-hadits Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud :

"Barangsiap yg banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya,dan barangsiapa yg banyak dosanya nescaya neraka lebih utama baginya" (RW ABU NAIM)

"Barangsiapa yg beriman kpd ALLAH dan hari akhirat,maka hendaklah is berkata yg baik atau diam" (RW BUKHARI & MUSLIM)

"Barangsiapa diam maka terlepas dr bahaya" (RW AT-TARMIZI)

Banyak diam tidak semestinya bodoh,byk cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran,orang cerdik yg pendiam lebih baik dari orang bodoh yg banyak cakap.
Menasihati orang yg bersalah,tidak salah,yg salah memikirkan kesalahan orang.
Kalau orang menghina kita,bukan kita terhina,yg sebenarnya orang itu menhina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali diam.Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yg baik.Bicara yg baik adalah lambang hati yg baik dan bersih yg bergantung kpd kekuatan iman dari diri manusia.

~WaLLaHuaLaM~

Jumaat, 14 Ogos 2009

.::PEMERGIAAN NYA SEORANG PENDAKWAH::.

Assalamualaikum...

Telah sedia maklum tanggal 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Sha'ban 1430
jam 11 pagi,penyanyi utama kumpulan nasyid,Rabbani iaitu Ustaz Mohd Asri Ibrahim,40 telah kembali ke rahmatullah kerana serangan sakit jantung.Arwah meninggalkan seorang balu,Halizah Shahzan,39.
Al-Fatihah...




Moga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh beliau dan moga ALLAH tempatkan beliau di kalangan orang² beriman dan orang yg beramal soleh.Insya'ALLAH.
Secara peribadi,pd sy pergi nya beliau merupakan kehilangan seorang pendakwah yg mempunyai suara yg gemersik dan merdu.Beliau banyak mencipta lagu² dakwah dan ketuhanan dlm album nasyid Rabbani yg kini menjadi siulan rakyat Malaysia,tak kira kecil,muda atau pun tua.Sy amat menangisi pemergian beliau,kerana sy amat meminati beliau dr kecil lagi.Terutama bila menjelang pagi hari raya Aidiladha atau Aidilfitri,sy amat meminati alunan takbir raya beliau yg telah melekat di hati sy ini.Bermakna,pd tahun ini sy dan peminat² beliau yg lain tiada rezeki utk mendengar takbir raya beliau secara lansung lagi.Sememang nya sy redha ke atas pemergian beliau.Inysa'ALLAH..sy sebagai salah seorang peminat beliau akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau di alam barzakh sana.Moga ALLAH s.w.t merahmati roh beliau.Amin.




~Pergi Tak Kembali~

Khamis, 6 Ogos 2009

.::TERCABAR::.

Assalamualaikum...


Hmm...Alhamdulillah,sy msh dpt bernafas di bumi ALLAH Taala lg pd hari ini...


setinggi-tinggi syukur pd Mu Ya ALLAH... (^.~)


Tajuk TERCABAR!?Apa yg tercabar tu!?


Hihi~..saje je nak kasi gempak...





Ada cerita di sebalik situasi tercabar itu...


Begini,pd ptg smlm ada se0rang pelanggan dtg ke st0kis tempat sy bekerja ini ketika sy sedang asyik menonton rakaman video ceramah Uztaz Azhar Idrus.Kebetulan pd waktu itu sepatut nya st0kis telah pun tutup,tetapi tak kan nak menghalau rezeki pula kan...ish!~..sifat yg tdk berperikemanusiaan tu..Hmm..didatangi beliau seperti biasa,kerana beliau adalah pelanggan tetap kami(syarikat).Jd,sy 'pause' dahulu video ceramah itu,kemudian sy melayan beliau.


Setelah selesai proses jual-beli,sy meneruskan tontonan yg tergendala sebentar td.Pelanggan td msh belum beredar,mngkin beliau ada temu-janji dgn seseorang disini,sangka sy.


Sy pun meneruskanlah keasyikan video sy lyn sebentar td,selang beberapa minit kemudian pelanggan td mendekati sy utk melihat apa yg ditontonkan sy.Dlm pd sy asyik menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus itu beliau mencelah bertanyakan kepada sy,'adakah anda Tabligh'!?


Sy pun bertanya kembali,'mengapa ingin bertanyakan soalan seperti itu!?'.Beliau ckp ingin tahu sahaja,jd sy jwb lah 'ya!mmg sy pernah mengikuti jemaah Tabligh sebelum ini'.Dia pun berkata 'aku dah agak dah!'.Sy hanya tersenyum.Sy pun sambung kembali menonton ceramah itu.


Lalu 1 lg soalan yg telah di ajukan oleh beliau pd sy,'apa kamu dpt ikut jemaah Tabligh!?'.


Sy pun terangkanlah serba-sedikit psl jemaah Tabligh ini.Tabligh adalah sunnah Nabi s.a.w ,jd kami cuba utk menghidupkan sunnah Nabi di zaman fasyak dan mungkar ini.Jd,dia bertanya kembali,'apa yg kamu dpt!?'.Sy menarik nafas dlm² terangkanlah pd dia,bahawa perjalan hidup kita di bumi ini begitu singkat,jd dunia ini adalah persinggahan utk sementara waktu sahaja semua umat ISLAM pun tahu.Ulama² Malaysia membuat tafsiran dlm 1 hadits,dekat nya kiamat itu seperti jari telunjuk dgn jari hantu,begitu singkat nya umur dunia.Jd,utk di pendekkan cerita,sy ckp lah pd dia,dlm masa sebulan tu,apa salah nya kita ambil sedikit waktu utk mentarbiahkan diri kita utk pengetahuan keagamaan,tdk lah jahil sgt hidup kita.Tapi disini ada sedikit salah-faham.Di kata nya,'kalau kita nak ilmu agama tdk semestinya kita kena ikut jemaah Tabligh,kerajaankan ada sediakan sekolah agama,tempat berceramah,tak pun..pergi msk pondok,tp..pondok kerajaan tak ada lah',kata nya.


Sy pun bahas balik,'mmg lah,seperti sy katakan td...kami cuba utk hidupkan sunnah Nabi'.


'Barang siapa menghidupkan sunnah Nabi di zaman fasyak dan mungkar ini,ALLAH s.w.t baginya pahala 100 pahala mati syahid',itu baru amalkan 1 sunnah.Itulah kelebihan umat akhir zaman,tak perlu berperang,berjihad dijalan ALLAH,tak perlu bertumpah darah bahkan hanya menghidup kan sunnah Rasulullah shj,dpt 100 pahala mati syahid.Inilah janji ALLAH Taala,sesungguh nya ALLAH tidak memungkiri janji.



Ok..dia pun dah fhm sedikit...tapi,ade juga tapi nya...

dia ckp,anak sedara dia ada gak ikut jalan Tabligh ni,tapi idup tunggang langgang.

Maksud tungang-langgang dia tu tak tau laa apa ingin dimksd kan nya.Mungkin hidup terumbang-ambing rasanya.Sy pun tak fhm kenapa dia misti berkata begitu.Tp mmg kenyataan,ramai masyarakat menolak tabligh zaman sekarang,sy pun tdk pasti kenapa.Mngkin inilah umat Nabi akhir zaman.Masya'ALLAH.Dlm setiap kerja agama,kita misti istiqamah,baru lah iman yakin pd ALLAH.Tawakal,tawakal dgn setiap ujian ALLAH.Kenapa msh tdk fhm.Kenapa perlu terlalu sibuk dgn urusan dunia yg bakal di tinggalkan bila-bila masa ini.Sy pernah mengenali seorang kanak² yg tdk pandai mengucap,Masya'ALLAH.Nak salah kan siapa!?nak salahkan guru kat sekolah!?Sekurang-kurang nya,ilmu pengetahuan sy tentang agama bertambah bila mengikuti jemaah Tabligh.Kalau sy dulu tdk tahu bagaimana nak msk saf jemaah sekiranya sy ketinggalan rakaat dlm s0lat secara berjemaah,sy sudah tahu.Apa kelebihan² amal di muka bumi sy semakin tahu.Siapa Nabi kita,sy semakin mengenali Baginda.Semua pd hati masing²,klau ada yg mengatakan amalan Tabligh tiada faedah nya,se0lah0lah dia menyokong sunnah Nabi di hapuskan.Sy pun tdk mengerti kenapa masyarakat se0lah-olah memandang ser0ng pd jemaah Tabligh.Apa salah mereka,apa salah kami!?
Hidup mmg perlu m'cari rezeki,tetapi biar berpada-pada,jgn sampai dunia mengikat kita.Sehingga kita akan rasa seperti tak mahu tinggalkan dunia ini.Kalau di tanya,kemana arah ingin di tuju kalau di beri pilihan ke Neraka atau Syuraga,jwpn pasti nya 'syurga'.Tapi,bagaimana!?kalau sibuk dgn urusan dunia,dpt syurga ke!?Sy berpesan utk diri sy juga,berpesan pd diri sy sendiri,sbb manusia ini sifatnya lalai,leka,pelupa,sifat yg sudah sebati dlm hidup.

Jd,sama-sama lah kita renungkan.Mngkin coretan sy kali ini mmberi impak kepada sy dan pembaca² Muslimin di luar sana.Sy jg manusia biasa,bisa melakukan kemungkaran,tetapi ALLAH telah anugerahkan sy akal fikran,Insya'ALLAH masih dpt pertimbangkan mana yg baik dan yg buruk.Insya'ALLAH,berjumpa lagi.Sy sudahi dgn salam.
Assalamualaikum warahmatullahi'wabarakatuh.

~wassalam~

Khamis, 30 Julai 2009

.::UNTUK TATAPAN BERSAMA::.

Assalamualaikum...
lama sudah tdk berkarang di artikal ini...
saya ingin k0ngsikan satu video yg mungkin menyedarkan kita semua umat ISLAM...
m0ga video ini b0leh dijadikan utk berdakwah sesama kita...
Insya'ALLAH...


http://www.youtube.com/watch?v=SybOrGA9ZrM

Selasa, 16 Jun 2009

.::DI MANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH?::.

Mungkin pada sepasang matanya y hening y selalu menjeling tajam atau kadang-kala malu² memberikan kerlingan manja.Boleh jadi pada bibirnya y tak jemu² menyerlahkan senyuman manis,atau sekali-sekala memberi kucupan mesra di dahi umi juga ayah,suami dan pipi munggil anak².Atau mungkin juga hilai-tawanya y gemersik dan suara manjanya y boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinifsikan tentang keindahan perempuan.

Kamulah perempuan itu.Panjatkan kesyukuran mu kehadrat ILAHI kerana menjadikan kamu perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.Namun,betapa pun dijaga,dipelihara,di belai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu,tiba masanya segalanya akan pergi jua.Wajah akan suram,mata akan kelam.

Satu sahaja y tidak akan dimamah usia,sifat keperempuanan y di pupuk dgn iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik!?

4Jadikanlah 'Ghadhdul Barar' (penunduk pandangan) sebagai hiasan mata anda,nescaya akan semakin bening dan jernih.
4Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
4Gunakan 'pemerah pipi' anda dgn kosmetik y terbuat dari rasa malu y di buat dari salon IMAN.
4Pakailah 'sabun istighfar' y menhilangkan semua dosa dan kesalahan y anda lakukan.
4Rawatlah rambut anda dgn 'selendang islami' y akan menhilangkan kelumumur pandangan lelaki y membahayakan.
4Hiasilah kedua tangan anda dgn 'gelang tawadhu' dan jari-jari dgn 'cicin ukhuwwah'.
4Bedakkanlah wajah anda dgn 'air wudhu',nescaya akan bercahaya di akhirat.

~WaSSaLaM~

Selasa, 2 Jun 2009

.::MALU::.



Malu mempunyai pengertian y besar dlm Islam.Sifat malu adalah sebahagian drp iman.Mereka y telah hilang sifat malu adalah orang y tipis iman nya.Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan.Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda bermaksud:
"Iman itu ada 60 cabang.Dan sigat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Malu atau haya dlm bahasa Arab berasal drp perkataan hayat y bermaksud kehidupan.Ia mencakupi sifat malu,memelihara aib diri dan orang lain,kesopanan,harga diri dan sikap jujur dlm menjaga dan memelihara maruah kerana ALLAH.
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda y memarahi saudara lelaki nya y sangat pemalu.
"engkau seorang y sangat pemalu dan aku bimbang sifat pemalu mu itu akan memusnahkan dirimu"
Mendengar kata² lelaki itu,Rasulullah bersabda,
"tinggalkanlah ia,kerana sifat pemalu itu sebahagian drp iman".(Bukhari)

Kedua-dua hadits di atas membuktikan bahawa sifat pemalu itu bukan dikhususkan utk kaum wanita sahaja tetapi mesti ada pada kaum lelaki y beriman kepada ALLAH s.w.t dan hari akhirat.Sifat pemalu adalah lambang taqwa(takutkan ALLAH) dan lambang ketinggian iman seseorang muslim itu.
Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dlm cara berpakaian.Ramai y mengenakan seluar ketat,mendedahkan bahagia perut dan pusat,berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana y disyariatkan oleh ALLAH.Ramai y sudah hilang malu,menonjolkan diri utk memancing pandangan semua orang.Ini termasuklah bebes berdua-duaan bersama-sama pasangan y bkn muhrim mereka.Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana jua.

Seorang muslimah y patuh kpd perintah ALLAH dan Rasulnya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa.Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kpd lelaki y boleh dikahwini dan ditengah² masyarakatnya.Malu seseorang wanita itu datang drp sifat malu krn takutkan ALLAH.

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dah sangat dititikberatkan dlm Islam.Malu adalah perhiasan dan perisai kpd lelaki dan wanita y percayakan ada pembalasan pada hari akhirat.Perisai inilah y menghalang mereka dpd terjerumus melakukan dosa dan noda,zahir dan batin.
"Apabila seseorang menyertakan kegairahan atau tarikan berahi kpd setiap perkara y diakukannya,ia akan menjadi keburukan,dan apabila malu disertakan dlm setiap perbuatan ia akan menjadi indah"(Tirmizi)

Isnin, 25 Mei 2009

..::4 CARA KENALI KEAIBAN DIRI::.

1)Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu y dpt menyingkapkan sifat² buruk y tersarang dlm hati manusia.Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara² mengubatinya.

2)Hendaklah mencari rakan karib y boleh di percayai,bijaksana dan lebih perngetahuan dlm agama.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan y tidak elok,dia akan segera mengingatinya.

3)Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain y bersangkutan dgn perlakuan atau sifat aib y terdapat dlm diri seseorang.

4)Hendaklah sentiasa bergaul dgn orang ramai.Lantaran sebarang perkara tercela y dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya-'Adakah perkara tersebut ada pada diri ku?'-Sebeb orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin y lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dlm menurut hawa nafsu.Setiap sifat y ada pada orang lain,tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri.Malah mungkin lebih dasyat daripada itu.

Sebaik²nya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain.Ingatlah,tiada cara y lebih utama mendidik diri selain mengenali keaiban diri terlebih dahulu.

~WaSSaLaM~

Ahad, 22 Mac 2009

.::KISAH² SAYANG TERHADAP NABI S.A.W::.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...setinggi² syukur kepada ALLAH s.w.t
kerana masih memberi ana dan tuan² peluang utk meneruskan kehidupan pada hari ini.
M0ga,kehidupan pada hari ini lebih baik drp hari semalam.

Semua kisah yg telah di nukilkan sblm ini sememangnya kesan drpd perasaan cinta.Kasih syg dan cintalah yg menyebabkan lahirnya semangat dlm kehidupan para sahabat r.a sehingga mereka tdk hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan utk berumur panjang,mereka tdk teringatkan harta dan mereka tdk takutkan kesusahan,malah mereka tdk bimbangkan kematian.Sbnrnya cinta bkn lah satu perkara yg b0leh di jelaskan.Cinta ialah satu keadaan hati yg mengatasi lafaz² perkataan dan baris² ayat.Cinta ialah satu perkara yg apabila telah menunjang dlm hati akan menguasai segala perkara yg ada kaitan dgn perkara yg di cintai.Lantaran itu maruah dan keh0rmatan diri,kemuliaan dan keagungan tidak lagi bererti dalam membela 0rang yg dicintai.

Sem0ga ALLAH s.w.t dgn kemurahan-Nya dan dgn berkat kekasih-Nya menguniakan kpd kita cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya yg suci sehingga kita dpt merasakan kelazatan dlm beribadat dan berasa bahagia dlm menghadapi setiap penderitaan demi agama.

Insya'ALLAH.

~wassalam~

Selasa, 3 Mac 2009

.::Permulaan Bicara::.

ALLAH s.w.t meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama-Nya,
sejauh mana kita mentaati perintah ALLAH dan mengikut sunnah Baginda s.a.w,
Insya'ALLAH...berjaya didunia & di akhirat...
syukur Ahamdulillah,setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan
limpah kurnia-Nya,kita masih mampu bernafas dan masih berpeluang untuk meneruskan
kehidupan hari ini seperti hari semalam,cuma kehidupan hari ini akan berlalu tidak seperti hari semalam,mungkin terdapat beberapa perbezaan.Dan berharap kehidupan hari ini akan ada sedikit kemajuan dari hari semalam.Insya'ALLAH.

Hari demi hari berlalu,namun kita tetap sama,tetap berfikiran y sama.
Bangun dari tidur kadang t'lupa nak baca doa bgn tidur.
Kadang t'lupa nak bgn s0lat Subuh.Astarghfirullah.
Sarapan pagi terlupa hendak baca doa makan walaupun hendak menyebut 'Basmallah'.
Dalam fikiran tidak lain tidak bukan,fikir macam mana nak cari duit.Supaya dapat membeli keperluan harian.Supaya maju dalam hidup.Memang tidak salah.Cuma kita perlu lah meng'islah'kan diri kita.
Fikir siapa diri kita sebenar nya!?

Kadang kita haruslah luangkan sedikit masa utk meng'islah'kan diri kita.
Kenangkan bagaimana Kekasih ALLAH memperjuangkan agama ALLAH.
Sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi agama ALLAH.
Sanggup di baling batu untuk menegakkan agama ALLAH.
Sanggup di cerca & di caci untuk agama ALLAH.
Sanggup di baling najis untuk agama ALLAH.
Berjuang untuk siapa!?Untuk siapa sebenarnya!?Untuk siapa!?
Hari ini kita digelar beragama ISLAM,dari mana datangnya!?
Hari ini kita dilahirkan dalam beragama ISLAM,syukurlah.
Tak perlu untuk bergadai nyawa,tak perlu menitiskan darah,tak perlu di baling batu untuk dapat kan agama ISLAM.
Bersyukurkah KITA!?

Hari ini,remaja² ISLAM di negara kita sanggup menggadaikan agama untuk duniawi.
YA ALLAH...
Remaja ISLAM kini tidak segan silu menunjuk aurat mereka.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan hukuman ALLAH akibat minum ARAK.
Remaja ISLAM kini tidak lagi segan duduk berdua-duaan diantara perempuan & lelaki.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan panggilan MAUT ketika berasmara-dana.
Remaja ISLAM kini tidak malu lepak diwarung² dari petang sehingga tengah malam sehingga terabai solat.
Mengapa mereka sanggup menggadaikan AGAMA mereka!?Mengapa!?

Menangislah,menangis dengan perlakuan sumbang mu itu.
Malu kan lah diri kamu terhadap ALLAH.
YANG meminjamkan segala nya apa yg KITA rasai hari ini.
Mana datang nya semua ini!?

Kebahagiaan,Kesenangan mana datangnya!?
Kalau bukan dari ALLAH AZAWAJALLA.
Sedarlah!!!

Saya bercakap apa yg nyata telah berlaku pada zaman ini.
Inilah yg berlaku di bumi kita sekarang.
Saya memang tiada kekuatan.Walaupun telah maksud kan DAKWAH itu sebagai maksud hidup saya.
Saya lemah,lemah untuk menegur mereka,apatah lagi mencegah mereka.
Apa y termampu saya lakukan pada waktu ini hanyalah berdoa,kerana berdoa adalah senjata utama orang Mukmin.
YA ALLAH,ampunkanlah dasa² hamba-Mu ini YA ALLAH.
Hamba-Mu ini hanya mampu berdoa sahaja YA ALLAH.
Astarghfirullah.

.::Assalamualaikum::.

Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan...