.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

Selasa, 2 Jun 2009

.::MALU::.



Malu mempunyai pengertian y besar dlm Islam.Sifat malu adalah sebahagian drp iman.Mereka y telah hilang sifat malu adalah orang y tipis iman nya.Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan.Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda bermaksud:
"Iman itu ada 60 cabang.Dan sigat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Malu atau haya dlm bahasa Arab berasal drp perkataan hayat y bermaksud kehidupan.Ia mencakupi sifat malu,memelihara aib diri dan orang lain,kesopanan,harga diri dan sikap jujur dlm menjaga dan memelihara maruah kerana ALLAH.
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda y memarahi saudara lelaki nya y sangat pemalu.
"engkau seorang y sangat pemalu dan aku bimbang sifat pemalu mu itu akan memusnahkan dirimu"
Mendengar kata² lelaki itu,Rasulullah bersabda,
"tinggalkanlah ia,kerana sifat pemalu itu sebahagian drp iman".(Bukhari)

Kedua-dua hadits di atas membuktikan bahawa sifat pemalu itu bukan dikhususkan utk kaum wanita sahaja tetapi mesti ada pada kaum lelaki y beriman kepada ALLAH s.w.t dan hari akhirat.Sifat pemalu adalah lambang taqwa(takutkan ALLAH) dan lambang ketinggian iman seseorang muslim itu.
Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dlm cara berpakaian.Ramai y mengenakan seluar ketat,mendedahkan bahagia perut dan pusat,berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana y disyariatkan oleh ALLAH.Ramai y sudah hilang malu,menonjolkan diri utk memancing pandangan semua orang.Ini termasuklah bebes berdua-duaan bersama-sama pasangan y bkn muhrim mereka.Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana jua.

Seorang muslimah y patuh kpd perintah ALLAH dan Rasulnya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa.Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kpd lelaki y boleh dikahwini dan ditengah² masyarakatnya.Malu seseorang wanita itu datang drp sifat malu krn takutkan ALLAH.

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dah sangat dititikberatkan dlm Islam.Malu adalah perhiasan dan perisai kpd lelaki dan wanita y percayakan ada pembalasan pada hari akhirat.Perisai inilah y menghalang mereka dpd terjerumus melakukan dosa dan noda,zahir dan batin.
"Apabila seseorang menyertakan kegairahan atau tarikan berahi kpd setiap perkara y diakukannya,ia akan menjadi keburukan,dan apabila malu disertakan dlm setiap perbuatan ia akan menjadi indah"(Tirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan