.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

.::SENYUM IALAH SUNNAH NABI::.

Khamis, 30 Julai 2009

.::UNTUK TATAPAN BERSAMA::.

Assalamualaikum...
lama sudah tdk berkarang di artikal ini...
saya ingin k0ngsikan satu video yg mungkin menyedarkan kita semua umat ISLAM...
m0ga video ini b0leh dijadikan utk berdakwah sesama kita...
Insya'ALLAH...


http://www.youtube.com/watch?v=SybOrGA9ZrM

Selasa, 16 Jun 2009

.::DI MANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH?::.

Mungkin pada sepasang matanya y hening y selalu menjeling tajam atau kadang-kala malu² memberikan kerlingan manja.Boleh jadi pada bibirnya y tak jemu² menyerlahkan senyuman manis,atau sekali-sekala memberi kucupan mesra di dahi umi juga ayah,suami dan pipi munggil anak².Atau mungkin juga hilai-tawanya y gemersik dan suara manjanya y boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinifsikan tentang keindahan perempuan.

Kamulah perempuan itu.Panjatkan kesyukuran mu kehadrat ILAHI kerana menjadikan kamu perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.Namun,betapa pun dijaga,dipelihara,di belai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu,tiba masanya segalanya akan pergi jua.Wajah akan suram,mata akan kelam.

Satu sahaja y tidak akan dimamah usia,sifat keperempuanan y di pupuk dgn iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik!?

4Jadikanlah 'Ghadhdul Barar' (penunduk pandangan) sebagai hiasan mata anda,nescaya akan semakin bening dan jernih.
4Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
4Gunakan 'pemerah pipi' anda dgn kosmetik y terbuat dari rasa malu y di buat dari salon IMAN.
4Pakailah 'sabun istighfar' y menhilangkan semua dosa dan kesalahan y anda lakukan.
4Rawatlah rambut anda dgn 'selendang islami' y akan menhilangkan kelumumur pandangan lelaki y membahayakan.
4Hiasilah kedua tangan anda dgn 'gelang tawadhu' dan jari-jari dgn 'cicin ukhuwwah'.
4Bedakkanlah wajah anda dgn 'air wudhu',nescaya akan bercahaya di akhirat.

~WaSSaLaM~

Selasa, 2 Jun 2009

.::MALU::.



Malu mempunyai pengertian y besar dlm Islam.Sifat malu adalah sebahagian drp iman.Mereka y telah hilang sifat malu adalah orang y tipis iman nya.Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan.Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda bermaksud:
"Iman itu ada 60 cabang.Dan sigat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Malu atau haya dlm bahasa Arab berasal drp perkataan hayat y bermaksud kehidupan.Ia mencakupi sifat malu,memelihara aib diri dan orang lain,kesopanan,harga diri dan sikap jujur dlm menjaga dan memelihara maruah kerana ALLAH.
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda y memarahi saudara lelaki nya y sangat pemalu.
"engkau seorang y sangat pemalu dan aku bimbang sifat pemalu mu itu akan memusnahkan dirimu"
Mendengar kata² lelaki itu,Rasulullah bersabda,
"tinggalkanlah ia,kerana sifat pemalu itu sebahagian drp iman".(Bukhari)

Kedua-dua hadits di atas membuktikan bahawa sifat pemalu itu bukan dikhususkan utk kaum wanita sahaja tetapi mesti ada pada kaum lelaki y beriman kepada ALLAH s.w.t dan hari akhirat.Sifat pemalu adalah lambang taqwa(takutkan ALLAH) dan lambang ketinggian iman seseorang muslim itu.
Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dlm cara berpakaian.Ramai y mengenakan seluar ketat,mendedahkan bahagia perut dan pusat,berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana y disyariatkan oleh ALLAH.Ramai y sudah hilang malu,menonjolkan diri utk memancing pandangan semua orang.Ini termasuklah bebes berdua-duaan bersama-sama pasangan y bkn muhrim mereka.Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana jua.

Seorang muslimah y patuh kpd perintah ALLAH dan Rasulnya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa.Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kpd lelaki y boleh dikahwini dan ditengah² masyarakatnya.Malu seseorang wanita itu datang drp sifat malu krn takutkan ALLAH.

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dah sangat dititikberatkan dlm Islam.Malu adalah perhiasan dan perisai kpd lelaki dan wanita y percayakan ada pembalasan pada hari akhirat.Perisai inilah y menghalang mereka dpd terjerumus melakukan dosa dan noda,zahir dan batin.
"Apabila seseorang menyertakan kegairahan atau tarikan berahi kpd setiap perkara y diakukannya,ia akan menjadi keburukan,dan apabila malu disertakan dlm setiap perbuatan ia akan menjadi indah"(Tirmizi)

Isnin, 25 Mei 2009

..::4 CARA KENALI KEAIBAN DIRI::.

1)Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu y dpt menyingkapkan sifat² buruk y tersarang dlm hati manusia.Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara² mengubatinya.

2)Hendaklah mencari rakan karib y boleh di percayai,bijaksana dan lebih perngetahuan dlm agama.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan y tidak elok,dia akan segera mengingatinya.

3)Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain y bersangkutan dgn perlakuan atau sifat aib y terdapat dlm diri seseorang.

4)Hendaklah sentiasa bergaul dgn orang ramai.Lantaran sebarang perkara tercela y dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya-'Adakah perkara tersebut ada pada diri ku?'-Sebeb orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin y lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dlm menurut hawa nafsu.Setiap sifat y ada pada orang lain,tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri.Malah mungkin lebih dasyat daripada itu.

Sebaik²nya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain.Ingatlah,tiada cara y lebih utama mendidik diri selain mengenali keaiban diri terlebih dahulu.

~WaSSaLaM~

Ahad, 22 Mac 2009

.::KISAH² SAYANG TERHADAP NABI S.A.W::.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...setinggi² syukur kepada ALLAH s.w.t
kerana masih memberi ana dan tuan² peluang utk meneruskan kehidupan pada hari ini.
M0ga,kehidupan pada hari ini lebih baik drp hari semalam.

Semua kisah yg telah di nukilkan sblm ini sememangnya kesan drpd perasaan cinta.Kasih syg dan cintalah yg menyebabkan lahirnya semangat dlm kehidupan para sahabat r.a sehingga mereka tdk hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan utk berumur panjang,mereka tdk teringatkan harta dan mereka tdk takutkan kesusahan,malah mereka tdk bimbangkan kematian.Sbnrnya cinta bkn lah satu perkara yg b0leh di jelaskan.Cinta ialah satu keadaan hati yg mengatasi lafaz² perkataan dan baris² ayat.Cinta ialah satu perkara yg apabila telah menunjang dlm hati akan menguasai segala perkara yg ada kaitan dgn perkara yg di cintai.Lantaran itu maruah dan keh0rmatan diri,kemuliaan dan keagungan tidak lagi bererti dalam membela 0rang yg dicintai.

Sem0ga ALLAH s.w.t dgn kemurahan-Nya dan dgn berkat kekasih-Nya menguniakan kpd kita cinta kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya yg suci sehingga kita dpt merasakan kelazatan dlm beribadat dan berasa bahagia dlm menghadapi setiap penderitaan demi agama.

Insya'ALLAH.

~wassalam~

Selasa, 3 Mac 2009

.::Permulaan Bicara::.

ALLAH s.w.t meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama-Nya,
sejauh mana kita mentaati perintah ALLAH dan mengikut sunnah Baginda s.a.w,
Insya'ALLAH...berjaya didunia & di akhirat...
syukur Ahamdulillah,setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan
limpah kurnia-Nya,kita masih mampu bernafas dan masih berpeluang untuk meneruskan
kehidupan hari ini seperti hari semalam,cuma kehidupan hari ini akan berlalu tidak seperti hari semalam,mungkin terdapat beberapa perbezaan.Dan berharap kehidupan hari ini akan ada sedikit kemajuan dari hari semalam.Insya'ALLAH.

Hari demi hari berlalu,namun kita tetap sama,tetap berfikiran y sama.
Bangun dari tidur kadang t'lupa nak baca doa bgn tidur.
Kadang t'lupa nak bgn s0lat Subuh.Astarghfirullah.
Sarapan pagi terlupa hendak baca doa makan walaupun hendak menyebut 'Basmallah'.
Dalam fikiran tidak lain tidak bukan,fikir macam mana nak cari duit.Supaya dapat membeli keperluan harian.Supaya maju dalam hidup.Memang tidak salah.Cuma kita perlu lah meng'islah'kan diri kita.
Fikir siapa diri kita sebenar nya!?

Kadang kita haruslah luangkan sedikit masa utk meng'islah'kan diri kita.
Kenangkan bagaimana Kekasih ALLAH memperjuangkan agama ALLAH.
Sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi agama ALLAH.
Sanggup di baling batu untuk menegakkan agama ALLAH.
Sanggup di cerca & di caci untuk agama ALLAH.
Sanggup di baling najis untuk agama ALLAH.
Berjuang untuk siapa!?Untuk siapa sebenarnya!?Untuk siapa!?
Hari ini kita digelar beragama ISLAM,dari mana datangnya!?
Hari ini kita dilahirkan dalam beragama ISLAM,syukurlah.
Tak perlu untuk bergadai nyawa,tak perlu menitiskan darah,tak perlu di baling batu untuk dapat kan agama ISLAM.
Bersyukurkah KITA!?

Hari ini,remaja² ISLAM di negara kita sanggup menggadaikan agama untuk duniawi.
YA ALLAH...
Remaja ISLAM kini tidak segan silu menunjuk aurat mereka.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan hukuman ALLAH akibat minum ARAK.
Remaja ISLAM kini tidak lagi segan duduk berdua-duaan diantara perempuan & lelaki.
Remaja ISLAM kini tidak takut dengan panggilan MAUT ketika berasmara-dana.
Remaja ISLAM kini tidak malu lepak diwarung² dari petang sehingga tengah malam sehingga terabai solat.
Mengapa mereka sanggup menggadaikan AGAMA mereka!?Mengapa!?

Menangislah,menangis dengan perlakuan sumbang mu itu.
Malu kan lah diri kamu terhadap ALLAH.
YANG meminjamkan segala nya apa yg KITA rasai hari ini.
Mana datang nya semua ini!?

Kebahagiaan,Kesenangan mana datangnya!?
Kalau bukan dari ALLAH AZAWAJALLA.
Sedarlah!!!

Saya bercakap apa yg nyata telah berlaku pada zaman ini.
Inilah yg berlaku di bumi kita sekarang.
Saya memang tiada kekuatan.Walaupun telah maksud kan DAKWAH itu sebagai maksud hidup saya.
Saya lemah,lemah untuk menegur mereka,apatah lagi mencegah mereka.
Apa y termampu saya lakukan pada waktu ini hanyalah berdoa,kerana berdoa adalah senjata utama orang Mukmin.
YA ALLAH,ampunkanlah dasa² hamba-Mu ini YA ALLAH.
Hamba-Mu ini hanya mampu berdoa sahaja YA ALLAH.
Astarghfirullah.

.::Assalamualaikum::.

Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan...